6 Dec 2012

yes, i miss my school days :(

hii assalammualaikum!

terasa lama sangat dah tak bukak blog ni.  rasa berhabuk sangat ni. yelah time tu nak SPM kan. SPM wehhhhh. bukan main main tuh. hehe :D

tapi tu dulu, sekarang saya dah MERDEKAAAAAAAA!! yeahhhhh!! finally, the FREEDOM IS MINE!!!! okay actually saya dah habis SPM on 27 nov lagi dah. but hari ni officially lah SPM dah tamat. wehhhhh, leganya ALLAH SWT saja yang tahu.

hmmmm, macam2 dah berlaku sepanjang 2012 ni. kadang2 duk teringat balik time sekolah dulu. betul lah orang cakap, masa sekolah sibuk nak habis sekolah, tapi bila dah habis sekolah sibuk pulak nak teringat2 kat sekolah balik. now, aku yang rasa semua tu. betul wehh, sumpah memang terasa rindu dia. tengok adik aku siapkan homework dia, teringat aku kat homework2 aku dulu yang tak pernah nak siap. ekekeee :D lepas tukan, bila tengok lencana sekolah kat bilik aku, terasa rindu gilaaaaaa ah. serious talk okay! tertera nama SMKDUMA tu, dan mata aku pun mula mengeluarkan air2 jernih (ayat novel).

banyak sangat kenangan yang bermain kat minda aku ni. tapi yang paling ingat ah kan :
(aku susun ikut rank tahuu xD)

1) kenangan di denda pakai kain pelekat seharian di sekolah. malu siaaaaa -.-
2) kenangan surat cinta zaman dahulu kala dirampas! oh tidak, time tu bergegaq kepala lutut ceq habaq hanggg !
3) kenangan masa kena lempang dengan kawan aku akibat terlebih bergurau. so, as a conclusion, jangan terlebih suka and terlebih gurau ! IA MEMBAWA PADAH ! take note ^^

macam2 lagi actually aku nak cerita. tapi tak larat haihh tangan nak menaip nya kan. lagi pun, dah taknak lagi mengimbau kembali zaman persekolahan kerana ia membuat daku berasa sedih yang amat (lagi sekali ayat novel). ni pun sambil taip sambil menangis ni T__T (mohon percaya). okaylah next time sambung lagi ya peeps :D

assalammualaikum <3